Friday, January 13, 2017

SAHABAT VS. WIFI ?

ASSALAMUALAIKUM







Kalau zaman sekarang ni, kawan boleh diumpamakan sebagai line WIFI. Eh, sebab apa pula?
Okeh, macam ni...

Kebanyakan kita ni especially students, perlukan line WIFI (/internet) untuk buat sesuatu. Misalnya, untuk perkara yang bermanfaat, buat assignments, tengok video ceramah dan sebagainya. Tapi ada juga yang menggunakan WIFI untuk perkara lain contohnya main games, search tentang gosip2 lah dll..

So sekarang, WIFI tu terbahagi kepada dua sama ada membawa kita ke arah kebaikan atau sebaliknya..

Tapi ianya terpulang kepada kita sama ada nak menggunakan WIFi tersebut untuk perkara yang bermanfaat ataupun untuk perkara yang melaghakan..

Sama jugak dengan kawan..Ada kawan yang boleh memandu kita ke arah kebaikan dan ada yang membawa kita jauh dari Allah..Dan yang membawa kita kepada kebaikan itulah dinamakan SAHABAT..
Kita berhak membuat pilihan iaitu memilih kawan yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah atau tak. Semuanya bergantung pada diri kita..Buatlah pilihan dengan sebaiknya.
Tapi ingat, setiap ENDING dia tak sama tau!

Satu lagi, jangan pernah sesekali tinggalkan kawan yang jauh dari Allah, sebaliknya tariklah tangan mereka untuk sama-sama meraih REDHANYA. Barulah dianamakan friendship goals kan ?

Sebab kawan yang baik itu ialah mereka yang selalu mengingatkan kita betapa besarnya cinta dan kasih sayang Allah kepada hambaNya.. Jadi tiada sebab untuk kita jauh dari CINTA Allah itu bukan?

1 comment: