Monday, May 29, 2017

End Of Foundation at APIUM!

ASSALAMUALAIKUM



πŸ’šπŸ’šSelamat menyambut Bulan Ramadhan!!πŸ’šπŸ’š



Alhamdulillah hari ni dah hari ke-3 Umat Islam berpuasa kan..
Kedatngan ramadhan yang senantiasa dinantikan setiap tahun
Bulan yang penuh barakah. Madrasah Ramadhan yang mendidik kita melaksanakan tuntutan-tuntutan kita sebagai hamba-Nya untuk diamalkan juga pada bulan2 lain.
Moga2 Ramadhan kali ini kita manfaatkan sepenuhnya, jangan biarkan ia berlalu begitu saja.

Alhamdulillah juga, tahun ni niena berpeluang meraikan Ramadhan bersama-sama keluarga.
Setelah setahun menimba ilmu di Bumi Serambi Makkah, Kelantan, akhirnya tamat sudah pengajian  di sana.
Dah 2 minggu niena balikk..menunggu panggilan kemasukan ke ijazah sarjana muda pula..
oh, kelmarin junior kami dah daftar masuk di APIUM Nilam Puri. 
Selamat datang adik-adik!!!Tahniah ..
 Kalau ada kamusykilan yang nak ditanyakan, hakak ni sedia membantu..
heeheheheπŸ˜—

Siapa di sini pernah ada pengalaman menjawab ujian MEdSI?
Boleh kongsikan pengalaman anda semua tak?
Sebab esok niena dapat panggilan ujian MEdSI..
😊😊
Terima kasihhh.......

Sunday, January 29, 2017

MAKAN DI THE MANHATTAN FISH MARKET !

ASSALAMUALAIKUM




Disebabkan cuti CNY ni niena tak balik rumah, so niena dengan 2 orang kawan decided nak jalan2 cari makan + cari barang..
Sebab, misi kami *acewah  ialah jalan2 cari makan and of courselah makan kat tempat yang kita tak penah pegi lagik..
muehehe..
😁😁

So, kami pun pegilah ke KB Mall, but sebelum tu singgah PSK dulu, cari barang yang family pesan.

Dalam KB Mall, kami gi The Manhattan Fish Market.
Tak pernah rasa makan kat sini lagi.
And this restaurant terkenal dengan seafood dia...
So, kita cuba je lah ya..
Pelan asal nak gi KB Burger Bakar but ingatkan CNY ni dia tutup..
Tup2 niena tgok IG kawan niena yang lain post makan kat situ.. Rupa-rupanya tak tutup laah..
huhuhu😫😫😫
Takpalah, KB Burger Bakar next mission!!

Disebabkan dah lama craving spaghetti, so niena pesan Cajun Chickie Marinara, Mushroom Soup, and Chocolate Milkshake.
Kawan niena, Mira pesan Spicy Seafood Olio, mushroom soup and also chocolate milkshake..
Aina pulak dia pesan Manhattan Fish 'n Chips, Mushroom Soup n air(lupa nama). πŸ˜‚


Spaghetti Cajun Chickie Marinara yang niena makan tu sedapp!! 
Niena kalau spaghetti mmg no 1! Bagi je la spaghetti apa pun.
Fish n chips tu pun serius sedapp..sos atas dia tu yang membuatkan fish n chips tu bertambah sedap..
spaghetti olio tu pun not bad..sedapp..ada sotong udang n lala kot..
Makanan dia pun banyak, kenyang la perut makann..Alhamdulillah
overall makan semua sedapppp...
yang paling sedap chocolate milkshake diaa..πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹
And harga dia berpatutan la kan dengan tempat diaa..
Yang ni semua sekali RM115.00
Kalau pandai ambil yang set punya, lagi untung..
Ada waitress/waiter yang akan guide

Nak tengok Menu, bolehla pergi ke website The Manhattan Fish Market Malaysia
........................................

Okay, that's all from me..Kalau nak cuba makan  di sini, sila-silakan lahh..
InshaAllah semua sedap2

BLOG BERWAJAH BARU!

ASSALAMUALAIKUM





Amacam semua hari ni? Sihat? Cuti CNY ni bestkan dapat luang masa dengan family..
Alkisahnya, niena tak balik pun cuti 4 hari ni.. stay dekat hostel jek la..
Sebab, nak blik mggu dpan, study week..
hekhekhek😊😊😊😊
Klu minggu ni blik, mggu dpn pun blik, hahh, kacauu..terbang duet di situu..

So, niena nak kasitau yang blog niena ni dah pun berwajah baruu..Hampir 3 minggu dahh..
Edit blog kali ni hasil tangan Kak Fhatin..
This time, niena minta dengan akak tu design yang nampak matured but nampak cute.. hehe no more kartun2 kat header..
Lawa2 and comel2 ja hasil tangan akak ni..
Harga pun murah ja, RM20..😍😍
Boleh la tengok hasil air tangan akak Fhatin di blog beliau..Klik SINI.






Kawan aka rumet niena pun dah start berblogging...yeayy,, bestnya bila ada geng nk berblog ni kan?
Sedaya upaya si rumet dia yang sorang ni pujuk suruh buat blog.. πŸ˜‚πŸ˜‚
hahaha..takdelaa
Kawan niena pun dapatkan khidmat Akak Fhatin jugak..
Comel jak hasil sentuhan akak ni..
Jemput follow kawan niena ni



Thanks kak Fhatin..
😊

Wednesday, January 25, 2017

Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin

ASSALAMUALAIKUM


GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN
*click banner to join

Syarat - syarat Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin
1. Buat satu entri blog yang bertajuk Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin
2. Tinggalkan URL entri anda di ruangan komen entri tersebut.
3. Follow blog , G+ dan subscribe YouTube
4. Giveaway ini berlangsung dari 19 Januari 2017 - 31 Januari 2017

3 warna tudung bawal akan diberikan pada 3 pemenang (pemilihan warna secara rawak). Warnanya ialah pink, oren dan kelabu.

Keputusan pemenang pula akan di umumkan pada bila-bila masa selepas tarikh tutup.


........................................................................................................................................


Jom ramai-ramai meriahkan giveaway ni ... peminat tudung bawal tegarrrr ni..hehe...semoga ada rezeki
Amiiinn...

Thursday, January 19, 2017

3rd Mini Giveaway By azyyatiliah.blogspot.my

ASSALAMUALAIKUM


Bismillah
Jom ramai-ramai meriahkan giveaway ni.. Ada hadiah menarik
menaanti semuaa...

( TAMAT : 31 Januari 2017, jam 12 malam )



*click banner to join



Sekiannn...

First Time Cuba Miaprapau Thai !

ASSALAMUALAIKUM



Miaprapau Thai..Pernah dengar tak? For me, nilah first time dengar dan makan.. Niena beli ni dari adik ustaz niena kat sini. Biasanya, malam-malam ada tempahan makanan buat pelajar terutamanya pelajar perempuanlah sebabnya kami tidak dibenarkan keluar cari makanan pada waktu malam.

So, harini menu dia Chicken Chop (RM4.50), Tempoyak Patin (RM4) dan Miaprapau Thai Set (RM5).  Untuk yang kepertama kalinya dalam hidup *acewahh  Niena teringin nak rasa Miaprapau ni.. Yalah, nama pun unik, terpikirr2, tak pernah makan,  So, niena pun order lahh. apa salahnya mencuba, ye dop? 
😍😍
Niena search jugak makanan ni kat google tapi macam tak banyak info jakk..muehehe..kesimpulannya, jomlah kita makan and buat review sendirikk..






Dalam ni ada ikan ( ai tak kenal ikan apa, isk isk ) disteam, bihun, sayur kubis, tomato dan kuah sambal hijau..
Cara makan dia pulak , ambik sayur , then letak bihun dan  isi ikan dalam sayur, dan last skali tuang sambal hijau dekat atas..Bismiillahhh.. πŸ˜‹






Rasa dia? ermmm, first makan sedapp..yang kali seterusnya rasa kurang skit sbb niena kurang suka ikan yang di steam, sebabnya rasa macam mentah. Bagi yang suka steam2 ni, sesuai la makan. Tapi, bagi niena overall makan sedap..
Yang menyedapkan lagi Miaprapau ni, dengan adanya sambal hijau tu. Pedas2 manis..

Yang ni pun niena makan dengan roommates.. hehe..
Tak kuat ceq nak habiskan sorang2..
Makanan ni cukup khasiat tau ! Ada protein, karbohidrat, vitamin and so on.
Tengok jak simple tapi full nutrients..

Okeh, makan malam niena harini Miaprapau ni jakk..
Alhamdulillahh..

πŸ’šπŸ’šπŸ’š

Friday, January 13, 2017

SAHABAT VS. WIFI ?

ASSALAMUALAIKUM







Kalau zaman sekarang ni, kawan boleh diumpamakan sebagai line WIFI. Eh, sebab apa pula?
Okeh, macam ni...

Kebanyakan kita ni especially students, perlukan line WIFI (/internet) untuk buat sesuatu. Misalnya, untuk perkara yang bermanfaat, buat assignments, tengok video ceramah dan sebagainya. Tapi ada juga yang menggunakan WIFI untuk perkara lain contohnya main games, search tentang gosip2 lah dll..

So sekarang, WIFI tu terbahagi kepada dua sama ada membawa kita ke arah kebaikan atau sebaliknya..

Tapi ianya terpulang kepada kita sama ada nak menggunakan WIFi tersebut untuk perkara yang bermanfaat ataupun untuk perkara yang melaghakan..

Sama jugak dengan kawan..Ada kawan yang boleh memandu kita ke arah kebaikan dan ada yang membawa kita jauh dari Allah..Dan yang membawa kita kepada kebaikan itulah dinamakan SAHABAT..
Kita berhak membuat pilihan iaitu memilih kawan yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah atau tak. Semuanya bergantung pada diri kita..Buatlah pilihan dengan sebaiknya.
Tapi ingat, setiap ENDING dia tak sama tau!

Satu lagi, jangan pernah sesekali tinggalkan kawan yang jauh dari Allah, sebaliknya tariklah tangan mereka untuk sama-sama meraih REDHANYA. Barulah dianamakan friendship goals kan ?

Sebab kawan yang baik itu ialah mereka yang selalu mengingatkan kita betapa besarnya cinta dan kasih sayang Allah kepada hambaNya.. Jadi tiada sebab untuk kita jauh dari CINTA Allah itu bukan?