Saturday, October 1, 2016

Kata-Kata

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته







Adakah kau tahu, 
Kata-kata yang kau tuturkan itu, 
Harus dijaga tiap waktu,
Harus dipelihara lidahmu selalu,
Kerna hati manusia,
Bukanlah sekeras besi juga bata,
Bukanlah sekuat tembok China,
Tapi ia selembut tisu baknya,
Juga seringan kapas hendaknya,
Andai kata hati itu koyak,
Disebabkan kata-kata,
Kau tidak mampu berbuat apa-apa,
Melainkan hanya ampun dipinta,
Hati manusia tiada siapa yang tahu,
Suka atau duka,
Kadang tersimpan erat di dalam qalbu,
Apa yang kau tahu?

Pesanku,
Jagalah lidahmu,
Kerana lidah manusia berpecah,
Kerana lidah manusia berbalah,
Kerana lidah manusia berbantah,
Tapi, kerana lidah jugalah manusia bersatu...

-nienaannisa-
1 Oktober 2016

No comments:

Post a Comment