Thursday, July 28, 2016

Program Bersama Akhi Shukery Azizan!

ASSALAMUALAIKUM



Apa khabar semua? 
Sihat? 






Alhamdulillah, semalam selesainya program yang diadakan bersama dengan penceramah jemputan,
Akhi Shukery Azizan bertempat di Dewan Johor, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Nilam Puri.
Dengan tajuk ' Umatku Adalah Pemikiranku'.

Macam familiar ja kan nama penceramah ni?
Siapa yang suka baca buku-buku Koleksi Tarbiah Sentap dan mengikuti perkembangan Program Tarbiah sentap sama ada di blog, facebook, twitter, telegram atau instagram, mesti pernah dengar nama akhi ni.
Beliau merupakan salah seorang ahli Tarbiah Sentap.
Beliau juga banyak mngeluarkan buku-buku sama ada ditulis sepenuhnya sendiri atau bersama-sama ahli Tarbiah Sentap yang lain.
Antara buku-buku yang ditulis oleh beliau adalah Aku Bukan Malaikat, Cerpen Sentap, Bedtime Stories Sentap dan pelbagai lagi.
Buku-buku ni kalau korang pergi bookstores tak kisah la MPH, SMO dan lain-lain, buku-buku ni selalu ada dekat rak depan-depan tuh..
Ambillah satu dan beli, InshaAllah banyak manfaat.

Niena suka dengan buku-buku Koleksi Tarbiah Sentap ni. 
Sebab topik-topik yang dibincangkan dalamnya menarik. 
Dengan ayat-ayat yang digunakan membuatkan kita mudah faham.
InshaAllah kalau ada rezeki, nak ja kumpul semua buku-buku Koleksi Tarbiah Sentap nih.
Semalam, ada jualan buku-buku yang ditulis oleh beliau dan ahli Trabiah Sentap yang lain.
So, Niena tak lepaskan peluang untuk grab satu salah satu buku femes beliau, 
Aku Bukan Malaikat. Alhamdulillah.
 Korang dah baca?
Kalau dah baca kongsilah sikit.
InshaAllah, nanti bila niena dah habis baca dan diberi kesempatan, niena akan buat book review..

Semalam, akhi shukery Azizan ada menceritakan tentang pentingnya kita berdakwah. Tak kisah la siapa pun kita, jangan merasakan diri tidak layak untuk berdakwah. Dan jangan juga merasakan bahawa dakwah ini hanyalah untuk golongan ustaz dan ustazah. Kalau korang ada ilmu untuk dikongsikan, sama-samalah kita berkongsi ilmu tersebut.
Sebab itu pentingnya kita mendalami ilmu agama.
Walau siapa pun anda, doktor, polis, engineer, dan sebagainya tuntut ilmu agama juga adalah penting.
Dengan belajar ilmu agama, kita yang akan mendapat manfaatnya nanti, di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat. 
Selain tu, bolehlah kita membantu masyarakat di luar sana untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah.
Tak rugi siapa yang belajar ilmu agama ni.
Tak rugi, sungguh! 
 Semalam, beliau ada juga menceritakan kisah hidup beliau, dengan diselang-selinya lawak jenaka, sungguh niena cakap tak bosan.
Best!
Nanti boleh la korang invite beliau untuk memberi ceramah..
Program semalam berlangsung lebih kurang tiga jam.

Niena memang suka kalau ada program macam ni, invite orang luar untuk bagi talk.
Moga ada lagi event macam ni.
Mohon maaf andai ada tersalah kata.

Sekian, Wassalam..
 
Hari ni hari Jumaat, Al-Kahfi jom!
:)

No comments:

Post a Comment