Friday, July 22, 2016

Keliru !

ASSALAMUALAIKUM



Dah lama niena tak update kan? Serious cakap, niena rindu nak berblogging macam dulu, blogwalking, join contest, tapi sekarang masa tak mengizinkan .. sekarang niena dah sambung belajar. Hampir 6 bulan duduk rumah, sekarang tup-tup nak dekat 2 bulan dah niena sambung belajar..  Segala dilema sebelum sambung belajar terjawab juga akhirnya.Alhamdulillah..







Bila keputusan UPU keluar haritu, serious niena takda mood nak update. Niena konfius nak sambung belajar dimana. Baru niena tau perasaan berbelah bahagi tu macam mana rasanya. sukar. ya, sukar sangat..sukar nak buat keputusan. Bila mana kau dapat 2 tempat untuk sambung belajar dalam kos yang berbeza dan kedua-dua kos tu kau minat! Antara kos Asasi Pengajian Islam di UM dan kos Sains di Matriks...Perasaan niena waktu tu bercmpur baur. Tak tahu nak pergi mana satu. kalau boleh dua-dua niena nak pegi. Ya Allah. Sehinggakan waktu keputusan UPU keluar tu, hanya ada masa 2 minggu sahaja untuk membuat persiapan ke UM.. Nak masuk matriks ada lagi masa 3 miggu lebih..Niena tengok semua kengkawan sibuk buat persiapan masing-masing. Niena? Masih lagi buat relaks di rumah. Bila setiap kali mak tanya nak pergi mana, jawapan niena tetap sama, tak tahu! Ya sungguh, niena tak tahu, keliru! Kalau orang lain tanya pun  jawapan niena tetap sama..
Ada yang suruh niena sambung dalam kos sains, memandangkan niena memang ambil aliran sains tulen di sekolah.. tak kurang juga ada yng cadang niena ambil kos Pengajian Islam, sebab banyak manfaatnya..
Mula-mula niena buat keputusan nak ke UM. Tapi bila fikir-fikir balik, UM tu jauh, cawangan kat Kelantan, so niena taknak susahkan keluarga. Akhirnya niena batalkan hasrat tu, dan pilih untuk ke matriks Changlun. Dekat la juga dengan rumah. dalam 40 minit. 
Niena dah plan, kalau pegi matriks, nak sambung degree dalam pharmacy atau Sains pendidikan (kimia) sebab niena minat dengan subjek kimia.

Ya, dua-dua kos tu niena minat!
Niena tanya mak, mana yang mak nak niena pergi.. Mak cakap dia tak kisah dengan pilihan niena.
Mak pesan buat solat istikharah! 
Pilih yang niena minat!

Tapi, dari raut wajah mak niena perasan yang mak nak sangat niena sambung dalam Pengajian Islam.
Sebab, bila mak tahu niena dapat Um, mak macam gembira.
Dulu mak nak niena masuk IPG, tapi bila time Ujian Kelayakan Calon Guru, niena tak dapat pergi sebab demam dan sakit perut sangat! 
Niena nampak mak macam kecewa.

So, dari situ niena fikir, apa salahnya aku ambil kos Pengajian Islam, manfaat dia banyak, bukan setakat dunia ja dapat akhirat pun InsyaAllah, kos ni pun niena minat, mak pun suka.
Atas nasihat semua, solat istikharah, akhirnya kos Asasi Pengajian Islam niena pilih untuk sambung belajar sekarang.
Ingat belajar sains tulen dulu, tak boleh ambil kos Pengajian Islam ke?
Sebab niena selalu dengar orang cakap, buat apa belajar sains susah-susah. last-last ambil kos lain?
Sakit sangat hati ni bila dengar ada orang cakap macam tu.
Semua tu rezeki Allah.
Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.
Jadi kenapa kita sebagai manusia yang lemah ni nak mempertikaikan qada' dan qadar Allah?
Ya, niena akui memang semua subjek sains niena dah tak belajar kat sini (kecuali la kalau ambil kos Asasi Pengajian Islam dan Sains ).
Dan smestinya niena akan rindu dngan subjek Kimia dan Matematik.
rindu nak pergi lab.

Niena buat keputusan ni 4 hari sebelum tarikh mendaftar. Dengan borang yang banyak tu tak berisi lagi, medical check up tak buat lagi, Ya Allah memang sibuk la waktu tu.
Sehari sebelum bertolak ke Kelantan, niena perasan ada borang yang belum diprint. disebabkan printer rosak, kena pegi cc, pastu kena pegi cop dekat Lembaga Hasil lagi nak matikan setem. Alhamdulillah la sempat pegi sebelum pejabat tutup. Ya Allah, smpaikan niena cakap dekat mak, 
" mak, tak payah la pegi UM" disebabkan frust sangat n takut semua marah niena buat keja last minit. 
Mak cakap takpe pegi je print, InsyaAllah selesai nanti..

Alhamdulillah, semua selesai, dah nak dekat 2 bulan niena kat sini. daftar 29/5 haritu.
Homesick? tipulah kalau cakap takda. Sikit atau banyak, semua orang mesti akan rasa benda ni jugak.
Baik lelaki atau perempuan, yang pernah duduk asrama atau tak.
Perlis dengan Kelantan bukannya dekat.
Kalau homesick, pun apa nak boleh buat. Buat donno ja la..
Dengan takda sedara apatah lagi kenalan dekat sini.
Memang jadi anak perantauan sungguh la.
Sunyi?
Memang terasa kesunyiaannya..
Sentiasa dekatkan diri dengan Allah.
Tu ubatnya. Jalan dilayan sangat perasan.
Kadang-kadang tu mainan syaitan.

Dan ni first time niena datang Kelantan.
dulu nak sangat datang Kelantan, tapi tak kesampaian, sekarang, Nah! hamek kau..
Duduklah puas-puas..
Tapi, takpa setahun ja dekat sini.
Sabar-sabar.

Tajdid niat belajar kerana Allah..
InshaAllah, doakan niena ^_^

" Tak semestinya apa yang kita rasa baik untuk diri kita, akan tetap baik untuk selamanya. Kita manusia biasa, hanya mampu merancang, tapi Allah jualah yang menentukan , kerna
hanya Dialah yang mengetahui segalanya "

Wassalam..

4 comments:

  1. Welcome to Kelantan. Respect student UM Nilampuri, seronok tgk korang. Dulu prnah pasang impian nak msk situ, tp rezeki duk Johor. Alhamdulillah for everything. ;)

    ReplyDelete
  2. Truly inspired by this entry.. All the best study sana. Untung dapat belajar ilmu Allah.. Alhamdulillah

    ReplyDelete