Friday, April 1, 2016

#reviewbuku : SELFIE HATI

ASSALAMUALAIKUM


Dah lama Niena tak review buku kan? Ok, memandangkan hari ni cuaca baik, walaupun panas sikit, mood pun agak baik, Niena nak review satu buku ni, iaitu SELFIE HATI.
Hah, dah selfie ke hati tu ataupun belum ? 
Kalau belum,
meh kita sama-sama selfie hati kita dengan membaca buku SELFIE HATI ini.

Buku ini merupakan salah sebuah buku dari koleksi Tarbiah Sentap.  Buku ni ditulis oleh Kak Zahirah Zamree. Pernah dengar tak nama akak ni? Haritu, niena ada review pasal buku FROSTBITE kan? Belum baca? Klik SINI. Hah, buku FROSBITE tu pun akak ni la yang tulis. Bezanya, buku FROSTBITE tuh ada dua orang penulis but buku ni ditulis sepenuhnya oleh Kak Zahirah.

Ada apa dalam buku SELFIE HATI? 
Dalam buku ini banyak nasihat diberikan dan kebanyakannya ditujukan kepada kaum hawa especially remaja. Dan penulis juga ada cerita tentang kisah hijrah dan pengalaman dia. Menurut penulis, buku ni sesuai untuk para remaja khususnya yang struggle untuk berubah.  Ayat-ayat yang digunakan memang santai, seolah-olah tengah sembang face to face serta mudah difahami. And for sure takdalah kita bosan bila baca. 
Amat sesuai la untuk remaja-remaja zaman milenia ni yang tak suka sangat dengan ayat-ayat skema.
Macam Niena (^/^)


Buku ni setebal 114 muka surat. Harganya ialah RM25. Niena beli dekat SMO Bookstore. Dekat MPH pun ada. Kedai buku lain Niena tak pasti. Kalau nak tengok feeback dari pembaca yang lain, bolehla ke FB penulis, Zahirah Zamree. Niena suka join telegram channel penulis. Banyak nasihat yang diberikan. And Bab last sekali buku ni ada disertakan puisi..

So, pesan Niena, dapatkan buku ni cepat-cepat. Tak rugi pun. Banyak manfaat kita boleh dapat.
 Memang best. Niena kasi 5/5 bintang. ^,^
......Yeay.....

Its easy to take a selfie at the right angle. But Allah
looks at us from every angle, not just
'our good side'


muka hadapan buku



muka belakang buku


Kalau kau selfie hati kau, adakah kau sanggup menayangnya kepada dunia,
lantaran kotornya ia ?
Mungkin tika kita selfie, edit sikit, nampak cantik, hensem dan banyak orang like, lantaran "luaran" kita yang kelihatan baik. Namun, adakah hati kita secantik wajah kita?? 


Sekian, Wassalam

  

1 comment: