Friday, April 29, 2016

Niena's Graduation Day !!

ASSALAMUALAIKUM






Cup!Cup! Ni bukan Hari Graduasi sebab dapat diploma ka, ijazah ka, tapi Hari Graduasi sebab dah tamat sekolah menengah. Hehe..

Sekarang ni, dah banyak sekolah adakan Hari Graduasi nih. Rasanya, kalau tak silap niena dulu takda pun Hari Graduasi sebab tamat sekolah bagai nie .. zaman tadika tu ada la..kan?

Alhamdulillah, hari Rabu lepas, 27 April 2016, sekolah niena, SMKA (P) Alawiyah Kangar Perlis, telah mengadakan Hari Graduasi untuk semua Batch '98 dan untuk pelajar STPM 2015. eksaited takyah cakap la..Lama dah duk tertunggu-tunggu hari nih. Hari Selasa sebelum tu, raptai untuk Hari Graduasi diadakan dan hari tu jugak niena ambik jubah untuk dipakai pada Hari Graduasi. Dapat la jumpak kawan-kawan kan..

Cerita pasal Hari Graduasi nih, pendaftaran dalam pukul 7.30-7.45 gitu lah..Pagi tu niena pegi naik moto dengan kawan , Ayunie. Naik sorang satu moto. Dalam pukul 7.10 kami bertolak. Dah la dengan pakai baju kurung, naik moto pulak, pagi2 dah sah-sahlah kereta banyak. Berhati-hati jelah.huhu.. Dlm 20 minit jugaklah baru sampai..
(*/*)

Dah selesai daftar, semua pakat berkumpul dekat dataran kejat. Apa lagi, bergmbar lorh..haha.. Kemain semua..Mcam-macam gaya..
 Dalam pukul 8 lebih gitu, kami pakat berbaris macam kami dah buat raptai tu, dan berjalan masuk ke dewan. Siap ada kompang lagi, dekat depan ada pembawa Al-Quran. 
Selesai ambil tempat masing-masing seperti yang ditetapkan, kami pun menyanyi lagu Negaraku dan Lagu Negeri Perlis. Majlis dimulakan dengan bacaan al-Quran dan terjemahannya.
Lepas tu adalah taklimat perkembangan sekolah oleh pengetua. Bangga betul dengar kejayaan yang dicapai oleh warga SMKAP. Menang sana sini. Mabruk semua!!
Seterusnya ada ucapan perasmian oleh Ketua Sektor Pendidikan Islam Negeri Perlis.

Akhirnya, waktu yang ditunggu-tunggu pun tiba. Penyampaian Sijil Graduasi  kepada semua pelajar SPM  dan STPM 2015 ^_^
Macam-macam gaya pakat naik atas pentas.. Haha.. termsuklah niena (walaupun dah raptai) 

Lepastu ada persembahan nasyid daripada adik-adik junior.. Sedap suara semua..
*Cair pulak..*

Then, lepas nasyid ada penyampaian Anugerah kepada pelajar yang cemerlang dalam PT3 (10A keatas), SPM(8A keatas) dan STPM(pointer 3.0 keatas).
Seterusnya, ada penyampaian anugerah khas.. 
^_^

Dalam pukul 11 lebih gitu, majlis tamat. Aktiviti seterusnya ialah mengambil gambar. Macam-macam tempat pegi ambil gambar..haha.. eksaited punya pasal..sampai 200 lebih gambar yg diambik..
satgi jubah dah nak kena pulangkan, so kita manfaatkan sepenuhnya, iye dok?




Hari tu jugak ada Hari Kantin. So, boleh la pi tengok adik-adik menjual. Macam-macam ada, chicken chop la, nasi tu, nasi ni..niena beli air ja.. tu yang sedapp tengah panas-panas kan..

Dah penat ambik gambar semua, pulangkan jubah pun dah, dalam pukul 1 lebih niena dengan yunie pun balik..Merempit tengah-tengah panass..Burn sudaa muka...

Apa-apa pun, best sangat dapat jumpak kekawan..Lepas ni masing-masing dengan hala tuju sendiri..Nak jumpak pun susah dah nanti..Semoga semua kawan-kawan Batch '98 berjaya dalam bidang yang diceburi. Ingat, jangan lupa apa yang kita belajaq dekat sekolah agama tu. Banyak sangat manfaat yang kita dapat. Lepas ni, kena pandai bawak diri. Jadi diri sendiri, agama jangan lupa. Biar kita ubah orang, jangan orang ubah kita, ya! (kalau orang ubah kita kearah yang lebih baik, takpa le)...
  



My classmates | 5 Sumaiyah | 5SC1
( tak cukup ahli nih )



niena | anis | fini | yunie
( kawan since sekolah rendah, #friendstilljannah )


Buat semua kawan-kawan yang mengenali diri ini, niena susun sepuluh jari memohon maaf jika niena ada menyakiti hati semua.. yang disengajakan mahupun tidak disengajakan..
Tegur niena kalau niena buat silap..
Sayang semua ^_^

Sekian, Wassalam..


2 comments: