Tuesday, December 1, 2015

Alhamdulillah

ASSALAMUALAIKUM









Alhamdulillah..Alhamdulillah

Syukur kepada Allah..Selesai sudah menjawab semua paper SPM dari mula hinggalah yang terakhir..
Alhamdulillah juga atas nikmat kesihatan yang Allah berikan sepanjang menjawab exam...

Heboh di Facebook, IG dengan caption ' Merdeka ', 'No more school', dan banyak lagi..Kalau nak ikutkan belajar ni tak semestinya di sekolah ja..tapi sepanjang hidup menuntut ilmu tu perlu..Ilmu Allah itu luas..Tak habis kalau nak diteroka semua..Tapi Allah lihat pada usaha hamba-Nya..
Ada satu caption di Facebook yang menarik minat niena,  " kita mungkin bebas di dunia, tapi di akhirat belum lagi "  
~~~~~deep~~~~~
( ^/^)

Doa. itulah senjata orang mukmin. Doa diberikan kejayaan di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat..Doa supaya ditetapkan iman..Doa supaya diberikan hidayah Allah..usaha sudah..Semoga Allah memberkati dan menerima usaha ini..Amin.

Friday, November 13, 2015

Diam Itu Lebih Baik

ASSALAMUALAIKUM






Diam adalah lebih baik daripada berkata-kata sesuatu perkara yang kita tidak sahih mengenainya.. 
Jangan berpura-pura tahu tentang perkara tersebut dan menyebarnya kepada orang lain, tetapi pada hakikatnya, kita meragui apa yang kita ucapkan..
Apa salahnya berkata, 'saya tidak tahu' untuk perkara yang memang betul kita tak tahu..
Jangan memberi maklumat yang salah kepada orang lain terutamanya berkaitan hal agama..
Pastikan betul sesuatu perkara barulah kita sebarnya..Bagaimana kalAu orang lain mengguna pakai maklumat salah yang kita sebarkan? Kan susah..

Sama juga dengan info yang kita dapat dari wassap, wechat, sms..jangan terus sebar sebaik saja kita dapat tanpa kita tahu kesahihannya.. Cek dulu..tanya kepada yang lebih arif..Jangan malu bertanya terutama dalam hal agama..

#muhasabahdiri


WASSALAM

Thursday, November 5, 2015

ONLINE !

ASSALAMUALAIKUM






Alhamdulillah ...Alhamdulillah
Dah empat hari ambik SPM, selesai sudah  9 paper..Perjuangan masih belum habis..
Bersambung 16 haribulan ni pulak..

Okey, niena cakap haritu nak berhenti blogging sementara kan..okey, tu tipu >-<
rindu kot dengan blog..nak join GA yang tengah best2..
rest mind sebentar layan blog...facebook pun memang niena tak aktif..
so, blog la tempat niena nak tulis2, share info..
OKEY..WASSALAM
...................................................................
.....................
  

Friday, October 23, 2015

Ada Apa Dengan 2 November?

ASSALAMUALAIKUM



Ada apa dengan 2 November??Yep, ada apa?  
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Huhu, alamak! SPM laa..

Dah tak lama..kira dengan jari lagi sepuluh hari..

Nervous laa..study tak habes lagi nihh...amacamm..
niena pulak ambil 11 subjek..


Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa Arab
Sejarah
Matematik Tambahan
Matematik
Pendidikan Syariah Islamiah
Pendidikan Al-Quran & Assunnah
Biologi
Fizik
Kimia

Cikgu semua pakat risau..sebelum umum cuti jerebu lagi cikgu-cikgu dah prepare dengan 'makanan tambahan' kami..

lepas ni  niena kena kurangkan blogging n maybe akan stop sebentar, sebulan la rsanya..
> Fokus EXAM <

mesti nanti rindu dengan blog nihh,,
rindu nak blogwalking
rindu nak join GA
.........
Takpa, berkorban niena , berkorban!

Doakan niena dapat lakukan yang terbaik, diberi kelancaran dan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan semasa menjawab exam nanti ya..
Moga-moga doa daripada anda semua dimakbulkan oleh Allah
-
-
-
masa trial haritu niena demam waktu jawab exam fizik dan mate..
ujian Allah..mana kita nak sangka..
niena cakap dalam hati : "jangan salahkan demam kalau result menurun"
sebab tu ujian daripada Allah..
mak niena pun cakap macam tu..
jadikan pengajaran
jangan study last minute!
*tapi sekarang bukannya dah last minute ka?*
...
...
hukhukhuk
...
...
Di kesempatan ini jugak niena nak minta maaf jika ada salah silap, terkasar bahasa, terguris perasaan anda semua..

-terima kasih atas doa kalian-

SPM, InshaaAllah 11A !!






Thursday, October 22, 2015

Segmen Blogwalking By Mirza Syazwina

ASSALAMUALAIKUM



Lama tak blogwalking? So jom la join...ada hadiah misteri...

( TAMAT : 25 Oktober 2015 )


*click banner to join

Tuesday, September 29, 2015

SRIKANDI : Khaulah Al-Azwar

ASSALAMUALAIKUM







Khaulah Al-Azwar merupakan seorang wanita yang hidup pada zaman Sahabat r.a. Khaulah memiliki kekuatan jiwa dan fizikal yang kuat. Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak. Rasulullah SAW telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan Muslimin bersama-sama mujahidah yang lain.

Beliau adik kepada Zirar Al-Azwar yang kehandalannya di medan perang sememangnya tidak asing bagi pecinta sirah Islam. Kemahiran dan teknik bertempur ini turut diwariskan kepada Khaulah oleh ayahnya, Al-Azwar. Khaulah lantas menjadi seorang wanita yang mahir berpedang dan berkuda. Jika diteliti sirah mujahidah ini, boleh dikatakan beliau ialah pahlawan Muslimat paling handal dalam sejarah Islam. 

Dalam Perang Yarmuk, beliau menjadi salah seorang yang menonjol atau memimpin kaum wanita yang turut serta terlibat. Bahkan, beliau turut mengalami kecederaan di kepala dalam peperangan yang sangat bersejarah itu.

Namun, kisah kehandalannya bertempur yang paling masyhur ialah dalam satu operasi tentera Muslimin untuk menyelamatkan saudaranya Zirar yang telah ditawan tentera Rom sewaktu satu penggempuran. Dengan berpakaian hitam, serban hijau dan menggunakan skafnya sebagai topeng, beliau yang menyertai pasukan Khalid Bin Al-Walid meluncur laju ke arah musuh, bertempur dengan handal dan cermat, membantu tentera Muslimin yang ketika itu sudah keletihan berlawan. Raafe Bin Umaira, panglima skuad sebelum ketibaan Khalid mengungkapkan ketakjubannya, 

"Beliau berlawan seperti Khalid, namun jelas beliau bukan Khalid"



HANDAL BERKUDA


Khaulah mempamerkan kehandalannya berkuda dan bertempur dengan tombak. Pertempurannya secara solo itu ibarat menjadi satu pertunjukan kepada tentera Muslimin yang lain di samping membangkitkan semangat mereka untuk terus berjuang. Beliau akhirnya mendedahkan identitinya yang pasti mengejutkan sesiapa yang mengetahui. Akhirnya, tentera Muslimin, bersama Khaulah berjaya membebaskan panglima Zirar dalam satu operasi serangan berikutnya di Beit Lahiya, Gaza, Palestin.

Sewaktu menyertai Perang Sahura, Khaulah dan beberapa orang wanita telah ditawan oleh musuh. Mereka telah dikurung dan dikawal rapi beberapa hari lamanya tanpa senjata untuk melepaskan diri. Nampaknya tidak ada cara lain yang berkesan melainkan membakar semangat sahabat-sahabatnya yang lain agar dapat bertindak pantas sebelum musuh mengapa-apakan mereka. Khaulah sedar Allah sendiri memberi jaminan bahawa kekuatan jiwa boleh mengalahkan kekuatan senjata.

Tekad para tawanan ini sudah bulat. Setelah menetapkan harinya, maka mereka pun melaksanakan keputusan yang dibuat. Sebelum itu mereka berdoa bersungguh-sungguh pada Allah dan bertaubat dengan segala dosa yang lalu. Menangis dan merayu memohon campakkan dalam hati mereka kekuatan jiwa yang kuat dan semoga Allah memudahkan pekerjaan dan berharap semoga datanglah bantuan-bantuan ghaib untuk menolong mereka. Khaulah telah memimpin segala urusan dalam pekerjaan berat itu, dia menyandang tiang kayu siap untuk berjuang.

Begitulah keyakinan Khaulah, berkat keberaniannya mereka semua terselamat dari segala bentuk bencana itu, Akhirnya, Khaulah dan semua wanita berjaya mencerai-beraikan pasukan Rom dan dapat melepaskan diri dripada kafir durjana serta kembali ke pasukan Islam dengan selamat. Begitulah kisah seorang pahlawan Muslimat yang hebat . Hebatnya tidak digambarkan pada masa kini. 

Monday, September 28, 2015

SEGMEN : JOM TAMBAH FOLLOWER

ASSALAMUALAIKUM 


Jom meriahkan segmen ni..memandangkan niena masih lagi newbie, so follower pun tak da la banyak sangat..jadi jomla berkenalan antara satu sama lain di samping merapatkan ukhwah.. *-*




*click banner to join

Thursday, September 24, 2015

NASIHAT IMAM ABU HANIFAH TENTANG KEHIDUPAN

ASSALAMUALAIKUM







Mari kita renung-renungkan nasihat Imam Abu Hanifah tentang kehidupan :


1. Jangan bakhil atau kedekut kerana perangai itu memalukan

2. Jangan pula tamak dan berdusta, bahkan hendaklah sentiasa menjaga maruah.

3. Sentiasa menghormati dan meminta ampun maaf kepada guru juga pendidik.

4. Sentiasa menziarahi kubur guru dan tempat-tempat berkat.

5. Bercampur dengan orang yang tidak baik hanya untuk menyeru ke jalan Islam.

6. Jangan banyak memaki hamun dan mencela orang lain.

7. Bersegera ke masjid setiap kali mendengar laungan azan.

8. Jagalah rahsia jiran tetangga dan jangan menyebar rahsia yang diamanahkan.

9. Bencikan perkara yang hina di sisi orang berilmu.

10. Janganlah banyak bercerita atau bercakap kerana ia akan menjadi pembohongan. 

Thursday, September 17, 2015

TIPS PENJAGAAN TUDUNG

ASSALAMUALAIKUM



Entry kali ni niena nak kongsikan macam mana nak jaga tudung-tudung kita yang berlonggok-longgok dalam almari tuh dengan baik...Tudung-tudung nih kalau dijaga dengan baik, boleh la tahan lama..duit pun jimat cikit sebab tudung yang ada tu boleh pakai berulang-ulang kali dan masih dalam keadaan baik..
Kalau pakai dua tiga kali dah rosak, terkoyak, kan sayang..Tambah-tambah lagi yang mahal cikit tu..

Okeylah, Selamat Membaca ^_^







1. TEKNIK BASUHAN 
   
        Sebelum mencuci tudung, sebaik-baiknya rendam terlebih dahulu di dalam air yang bercampur sabun pelembut. Biarkan seketika sebelum mencucinya dengan sabun basuh. Hasilnya, tudung akan lebih lembut dan memiliki bau yang sungguh harum walaupun dipakai seharian.

2. CARA CUCIAN 

       Untuk selendang mahupun tudung awning, jangan sesekali diramas-ramas tudung tersebut kecuali jika ia terkena kotoran yang perlu dicuci dengan teliti. Cucian perlulah dengan penuh kelembutan bagi mengelakkan tudung terkoyak ataupun tercarik kerana ada jenis tudung yang sungguh sensitif apabila dibasuh.

3. ASINGKAN CUCIAN

       Selendang dan tudung sebaik-baiknya dibasuh berasingan daripada basuhan lain kerana ditakuti akan terkena warna yang luntur daripada pakain lain. Lagikan pula, tudung mempunyai kualiti kain yang sungguh lembut. Ia tidak perlu dibasuh berulang kali. Jika terdapat perincian seperti batu atau manik yang cantik pada tudung, sememangnya kita perlu membasuhnya sendiri tanpa campuran pakaian lain.

4. LIPATAN RINGKAS

       Anda boleh melipat  seperti biasa tudung lycra  atau selendang , tetapi untuk tudung awning ada lipatannya tersendiri. Lipat bahagian kiri dan kanan ke dalam, kemudian gulung perlahan-lahan. Masukkan ia ke dalam awning dengan kemas agar awning tadi tidak terlipat apabila dimasukkan ke dalam laci pakaian. Untuk anda yang tidak mahu melipat tudung mahupun selendang anda boleh menggantungnya pada penyangkut yang dikhaskan untuk tudung.

5. MESIN BASUH

         JIka anda malas sekalipun, elakkan membasuh tudung menggunakan mesin basuh. Anda sendiri akan menangis nanti apabila melihat tudung kesayangan sudah rosak dan tidak boleh digunakan lagi. Tambahan pula jika tudung tersebut tudung baru, pasti perasaan sesal akan timbul.   

Friday, September 4, 2015

AWAN

ASSALAMUALAIKUM





Hey, awak! 
Cuba tengok awan,
Cantik bukan?
Pada saya sangat cantik.

Hey awak !
Apa awak rasa bila tengok awan?
Tenang? Nyaman?
Yup, saya pun rasa macam tu.

Hey, awak!
Pernah tak awak terfikir,
Macam mana awan yang tiada sebarang tali,
Boleh terapung macam tu?
Kerja manusiakah tu?

Absolutely NO!
Tidak sama sekali,
Walau sehebat mana pun arkitek dunia,
Ingatlah,
Hebat lagi kuasa Allah.

Kalau manusia nak bina rumah,
perlukan tiang sebagai asasnya,
Nak gantung sesuatu,
 Perlukan tali,
Nak pergi ke mana-mana,
Perlukan kenderaan.

Tapi,
 Pernah awak terfikir,
Hebatnya kuasa Allah,
Tak perlukan bantuan sesiapa,
Contoh paling dekat, awan,
Tanpa tali,
Tanpa apa-apa,
Ia boleh terapung begitu,
Allah mampu melakukannya,
Kun Fayakun,
Maka jadilah


~nienaannisa~
5 September 2015

Tuesday, August 25, 2015

#reviewbuku : FROSTBITE



Pernah dengar tak buku Frostbite? Bukan buku omputih tau, buku Melayu.. Bagi yang tak tahu, buku Frostbite ialah buku puisi, karangan gabungan dua penulis, Sheikh Ameer Haziq dan Nur Zahirah..

Niena suka ikuti perkembangan diorang dekat IG. Suka baca post diorang yang sangat tip top, memberi kesan yang mendalam. Dengan gambar yang diorang snap, semua lawa-lawa..( tengok cover buku pun dah lawa, tertarik ) kalau nak ikuti perkembangan diorang kat IG, amat dialu-alukan sebab banyak manfaat yang bakal kita dapat.
Ni IG diorang, ( @sheikhfrost ) dan ( @zhrhs ).


*muka depan buku


*muka belakang buku

Bagi yang berminat untuk membeli buku ni, bolehla visit IG @kitablangka untuk maklumat lanjut berkenaan cara pembelian. Harga RM20 tak termasuk postage..

Antara kandungan buku :

LEPAS

Tutuplah serapat mana matamu,
andai air mata itu ingin mengalir keluar,
ia akan tetap mengalir.

Jangan ditanya andai darah merah itu,
lama kelamaan menjadi darah hitam,
saat itu kerna tiada yang sudi warnakan ia, 
lalu biarlah ia kelihatan pudar dan mati.

Jiwa yang hanyut lemas dek tusukan masa lalu,
biarkan ia tenggelam bersama jasad yang kaku,
walau diri tidak sekuat besi paku,
anggap saja pengorbanan aku,
lambang kepada kisah lalu. 


Amacam? best kan? kalau niena, memang minat puisi-puisi cenggini..kalau nak baca lebih lagi, kena beli lah ye. :)

Friday, August 14, 2015

Wanita Muslimah

Assalamualaikum.



Sungguh,
Wanita solehah itu umpama mawar berduri,
Yang tidak boleh didekati dengan sewenang-wenangnya,
Oleh yang bukan mahramnya…

Sungguh,
Hati terkadang ingin kelihatan menawan,
Di hadapan yang bukan mahram,
Tapi tiada gunanya cantik pada pandangan manusia,
Tetapi tidak pada pandangan Sang Pencipta…

Sungguh,
Aurat seorang wanita muslimah adalah maruah mereka,
Oleh itu,
Berbahagialah mereka yang berjaya menjaga auratnya..

Sungguh,
Pakaian seorang wanita muslimah itu lebih indah,
Kerna ia bisa menutup rapi auratnya,
Dari pandangan yang bukan mahramnya,
Kerna sesungguhnya yang tertutup itu lebih indah, Wahai Muslimah….


~nienaannisa'~
15 Ogos 2015

Saturday, April 11, 2015

Pembaziran Amalan Syaitan

Sesungguhnya telah dijanjikan oleh Allah, bahawa sesiapa yang melakukan pembaziran, orang itu termasuk dalam golongan saudara syaitan. Ini dijelaskan dalam sSurah A-Israa ayat 27 yang bermaksud :
" Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya. "

Ibnu al-Qayun al Jauziah mengatakan terdapat 9 bentuk pembaziran yang sering dilakukan oleh manusia, antaranya :

1. PEMBAZIRAN ILMU PENGETAHUAN
      - Ada ilmu yang tinggi tetapi tidak diamalkan pada jalan kebaikan

2. PEMBAZIRAN HATI
      - Pengisian daam jiwa kosong, tidak dimasukkan dengan zikir, bacaan Al-Quran dan         sebagainya

3. PEMBAZIRAN KEKAYAAN
      - Berkemampuan tetapi dibelanjakan hartanya kepada perkara-perkara yang tidak               bermanfaat dan tidak diredhai oleh Allah.

4. PEMBAZIRAN AKAL
      - Memiliki akal yang bernas, cergas tetapi tidak digunakan untuk kepentingan agama

5. PEMBAZIRAN AMALAN
      - Setiap amalan yang dilakukan tidak diiringi dengan hati yang ikhlas

6. PEMBAZIRAN CINTA
      - Cinta sesama manusia melebihi cinta kepada Pencipta-Nya

7. PEMBAZIRAN TUBUH BADAN
      - Memiliki tubuh badan yang sihat tetapi tidak digunakan untuk beribadah kepada               Allah

8. PEMBAZIRAN ZIKIR
      - Rajin berzikir tetapi tidak memberi kesan kepada hati

9. PEMBAZIRAN MASA
      - Masa berharga dibiarkan berlalu tanpa diuruskan dengan sebaik-baiknya.

 RENUNG DIRI : 

- Ada tak antara 9 jenis pembaziran di atas terdapat dalam diri kita?

Friday, January 9, 2015

Permata Paling Berharga



  Seorang petani memiliki sekeping tanah subur di pinggir tasik. Pada suatu hari dia bertemu dengan seorang saudagar d tepi tasik itu. Mereka berbincang panjang di bawah nauangan bayang pokok dan udara segar yang menghembus.

     " Memiliki tanah bukan lambang kekayaan. Kaya sebenar adalah apabila engkau memiliki permata," ujar saudagar itu, sarat berpengalaman." Cukup dengan sebutir permata, engkau mampu membeli sebuah kampung. Bahkan jika engkau memiliki sekarung permata, engkau boleh membeli sebuah negeri!"

       Petani itu mendengar perit, terasa ingin menjerit kesal kerana dia tidak memiliki kekayaan itu. Dia marah pada dirinya sendiri. Akhirnya dia membulatkan tekad untuk menjual tanah itu kepada jirannya. Ia sebagai bekal untuk mengembara ke serata dunia bagi mencari permata berharga. Dia ingin kaya dan memiliki segala-galanya. Adakah dia berjaya memperoleh apa yang dihajatinya?

      Setahun berlalu, malangnya apa yang dicarinya tidak ditemui. Bahkan segala usahanya musnah, seluruh wangnya habis, tenaganya kian merosot. Hari ini dia berdiri sebagai seorang papa, dia tidak mempunyai apa-apa lagi.
      
      Dengan penuh sugul, dia menggalas beban sesal dan pulang ke kampung halamannya. Berjumpa kembali dengan semua orang yang dikenali, termasuklah pembeli tanahnya dahulu. Alangkah terkejutnya dia, jirannya yang telah membeli tanahnya dahulu, pada hari ini adalah seorang jutawan ternama dan mempunyai harta bernilai kekayaan sebuah negeri....kenapa jadi begini?

      Jirannya kaya kerana rupa-rupanya permata ada tertanam di dalam tanah yang dijualnya. Dia hanya mampu memerhati tanah subur di tepi tasik itu dengan pandangan kosong. Hatinya berkecai bagai kristal yang terhempas, berderai; tangisan darah sekalipun tidak akan mampu mengubah apa-apa.

     Seperti kisah petani malang di atas, begitulah kita, umat Islam pada hari ini, mudah merasa rendah diri dan berasa tidak memiliki apa-apa yang berharga. Justeru, kita sanggup menggadai apa sahaja demi mencari permata berharga di serata dunia, timur ataupun barat. Kita tidak sedar bahawa kita sebenarnya memiliki sesuatu paling berharga ; sekeping tanah yang tersimpan permata yang mampu membeli seluruh isi dunia hatta syurga di akhirat nanti. Tanah itu adalah agama dan permata itu adalah Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam ; seorang Utusan Allah yang sering dilupakan oleh umatnya sendiri, lagunya tidak didendangkan, melodinya tidak didengari lagi. 



     Secara jujur, perhatikanlah kepada ajaran yang ditinggalkan oleh Baginda, di sana ada khazanah yang sangat mahal harganya. Islam yang diwariskan itu lengkap daripada struktur akidah, binaan syariah sehingga keelokan akhlak dan budi pekertinya.

      Keadaan kita sama seperti kanak-kanak yang membeli jajan, terpengaruh dek promosi di televisyen dan warna pembungkusnya yang berwarna-warni, sedangkan makanan itu hanya seperti hampas; tiada zat, tidak bergizi! 

      Apa yang diperlukan oleh umat Islam kini adalah menggali agamanya dengan pembajak iman dan cangkul ikhlas, membersih dan menggilap ilmunya serta tekun menghayati kesyumulannya, melestarikan amalannya di samping, dengan pasti memperelokkan budi pekertinya. Kajayaan bakal menjadi milik kita seperti yang pernah dikecapi oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasaalam dan para sahabat.Kebutaan kepada hakikat ini menjadikan kita semua kelihatan seperti tidak memiliki apa-apa, melainkan hanya nostalgia lampau yang tersemat dalam kitab-kitab tua, dibaca oleh bubuk-bubuk.

Wallahu'alam...

-Majalah Q&A -

Thursday, January 1, 2015

Rindu Nak Kawad !


Rindu. Rindu nak kawad. Tapi tahun depan merupakan tahun yg sibuk. Sibuk dengan kelas tambahan, tuisyen luar..Nak SPM katakan..Serius sebelum ni niena tak pernah join aktiviti kawad, Tapi, sejak masuk form 1, geng-geng sekolah rendah kebanyakan masuk Kadet Bomba. Macam la tak tau, kalau dah masuk Kadet Bomba, sah-sahla kena kawad kan? Okey, kawad! Kawad ja, bukan nak masuk pertandingan, ye dok? tahun pertama masuk, tak da apapun, just kawad asas biasa-biasa ja. Bila niena masuk form 2, akak-akak senior cakap ada pertandingan kawad peringkat kebangsaan. Kami pun berlatih la kawad,  sebab nak hantar wakil sekolah lawan sekolah-sekolah lain. tapi time tu, tak dak rezeki lagi so, tak terpilih..tapi serius niena tak sedih sebab tak terpilih. Pelik kan ? Haha, sebabnya niena bukannya minat sangat lagi dengan kawad-kawad ni. Bila masuk form 3, ada pertandingan kawad badan beruniform peringkat negeri. Ramai la kawan niena yg masuk. So, niena pun join la sekaki. Memandangkan sekolah niena semuanya perempuan, jadi kami masuk dalam kategori perempuan. Tak kan nak masuk kategori lelaki pulak? Hoho..berlatih punya berlatih dapat la tempat kedua per tiga. Sebab ada tiga kontingen ja..Huhu..kiranya menang pun tidak, kalah pun tidak..

Ni setempek gambar kontingen kami.



Pastu bulan Mei atau Jun, niena tak pasti, yang pastinya niena dengan 9 orang kawan lain terpilih ke kem Kadet Bomba peringkat negeri Perlis untuk pilih peserta Kadet Bomba ke peringkat kebangsaan. Ada macam-macam pertandingan seperti kawad, ikatan tali, dll..Kem tu teramatlah best! Lasak tu memang lasak..Kena meniarap atas tar la pukul 2, 3 pagi..haha..tapi memang best, Tapi sekolah niena, akak-akak form 4 yg terpilih sebab kami yg form 3 ni nk PMR time tu, so terpaksalah lepaskan peluang tu..huhuhu...Start pergi kem tu la, niena rasa best ja kawad ni. Sampaikan dalam rumah pun still berkawad..Hahaha..

Naik form 4, kami masuk pertandingan kawad sempena hari belia dekat JPAM Negeri Perlis. Mula-mula niena tak nak sertai sebab takut burn muka..Tapi kawan-kawan lain semua semangat nak masuk. Niena pun dengan hati rela tak rela, join la jugak. Muka burn ka apa ka, tu semua tolak tepi. Nanti semua orang semacam ja, bukan niena sorang. Mak niena cakap, nanti lama-lama hilang la burn tu..Okey, sedap la sikit hati nih..Lagipun, time ni la masa nak kutip markah koko. Hoho..Ada pelbagai badan beruniform yang sertai. Tapi kali ni, tak da kategori lelaki atau perempuan, campur semua..Kontingen Kadet Bomba sekolah niena dapat tempat kelima per sembilan. Lawan dengan orang lelaki kot. Okey la kan..tak menang, tak kalah jugak..tengah-tengah ja. Lagipun orang lelaki kawad lagi terbaik..Tempat pertama dimenangi kontingen Kadet Bomba Al-Maad. Mereka kawad memang superb! Best ja tengok..

Sebelum penyampaian hadiah, kami disuruh beratur elok-elok, nak tangkap gambar. Hasilnya seperti di bawah ni lah..


Tahun depan, eh silap-silap, hari ni dah masuk 2015 kan, so tahun ni, SPM. Banyak komitmen la..Kalau nak join pertandingan kawad, mesti kena pandai bahagi masa. Tapi tahun ni, rasa macam tak nak join pertandingan kawad lagi dah, tapi join Kadet Bomba tu mesti! Cuma pertandingan ja dak..tapi tengok dulu macam mana..Hehe..
Rindu nak Kawad ! Rindu Kadet Bomba ! :)