Tuesday, December 16, 2014

Khasiat Pokok Dukung Anak


Kenal tak macam mana pokok dukung anak?? Kalau tak kenal, cer tengok gambar di bawah ni...



( Sumber gambar : Mr Google )

Tengok dah? Ha..macam ni lah pokok dukung anak..Kat rumah niena pun banyak..tapi sebelum ni niena ingat pokok ni macam rumput liar ja..Tapi jiran niena kasitau pokok ni boleh buat ubat..Ubat apa erk?

Hinggalah satu hari niena selak-selak surat khabar yang dah lama  bertarikh 12 Ogos 2014, niena terjumpa keratan akbar bertajuk " Pokok Dukung Anak Penawar Jaundis".
Nak tau khasiat pokok dukung anak, silalah baca artikel di bawah ni...


            Pokok dukung anak atau nama saintifiknya Phyllanthus adalah spesies tumbuhan herba yang boleh dijumpai di kawasan beriklim tropika seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand serta di negara China dan Amerika Selatan.

           Kebiasaannya, ia tumbuh di kawasan tanah yang agak keras seperti di celah retakan simen. Ia banyak ditemui di tanah terbiar, tepi jalan atau di kebun sayur serta kawasan rumah termasuk di dalam pasu bunga.

           Pokok dukung anak selalunya tumbuh meliar di pinggiran batas tanaman dan dianggap sebagai rumpai yang sukar dikawal. Walaupun dianggap sebagai rumpai, tumbuhan ini mempunyai pelbagai nilai perubatan dan diiktiraf dalam kalangan pengamal perubatan herba tradisional tempatan.

          Akar, daun, buah dan keseluruhan pokok dukung anak mempunyai pelbagai nilai perubatan. Ia sangat popular di India dan banyak digunakan dalam perubatan Ayurveda sama ada dikeringkan menjadi serbuk atau digunakan segar,

          Di Malaysia, tumbuhan ini banyak digunakan untuk merawat penyakit berkaitan buah pinggang dan hati seperti jaundis dan hepatitis B.

          Akarnya yang masih segar adalah penawar berkesan untuk penyakit kuning ( jaundis ) terutama pada bayi baru lahir.

1 comment:

  1. dulu ada wat mini projek tentang pokok ni..hee na uji keberkesanan extract daun ni terhadap bacteria e.coli hee..yang boleh sebabkan sakit perut

    ReplyDelete