Friday, December 5, 2014

Apabila Niena Pergi Bercuti...!!!


Ermm...rasa mcm dah lama niena tak update, padahal baru ja lima hari..Maklumlah dalam sehari dua mesti wajib cek blog..hehe..Semalam niena baru ja pulang dari pergi merantau..haha..merantau lah erk.,melancong + lawatan + konvo akak..
Apabila niena pergi bercuti..Alhamdulillah..hampir 6 negeri niena pi....Puas sungguh...start bertolak dari Perlis pergi ke Penang. Kemudian pergi KL, dan Selangor plak...Balik singgah Pahang and then Perak..Balik Perak singgah rumah mak long di Penang..Sebelum balik Perlis, niena singgah Kedah pulak..rumah mak njang..Haha  dan semalam Alhamdulillah dengan selamatnya niena sampai rumah..syukur sangat-sangat...
Buat apa niena pergi selangor?? Buat apa erk??hehe..Melawat MAHA la kat Serdang..Mak niena nak sangat pergi so hari Sabtu lepas sempat jugak kami pergi...Puas berjalan sampai sakit habis kaki-kaki malam tu..Tu pun tak semua tempat kami pi..Banyak kot tempat-tempat untuk melawat..memang pancit kalau nak melawat semua..
Mak niena tengok la pokok-pokok. bunga tapi tak beli pun..sebab apa??sebab kereta penuh dong...dengan beg baju selama seminggu lagi..barang lagi..huh..tak muat la..so terpaksala ucap tata titi tutu kat pokok-pokok bunga  tuu..huhu..Yang paling syok tengok kat MAHA adalah pokok bunga yang diletakkan dalam..ermm..erkk....tengok ja la kat bawah ni...





Kat MAHA jugak ada rumah-rumah negeri...Rumah Perlis, Sarawak dan macam-macam lagi..Memandangkan niena dari Perlis, jadi niena nak kongsi apa tarikan yang ada di Rumah Perlis..jangan jeles...~jeling mata ciked~  hehe  Kat rumah Pelis, tarikan utamanya mestilah buah mempelam ..Tau tak mempelam tu buah apa??buah mangga la..mangga apa??apa lagi, mangga harumanis ler..lain?? ha..yang paling pengunjumg suka mai kat rumah Perlis ialah sebab adanya ular...ular betul la..pengunjung boleh pegang ular tu...niena tak pegang pun..geli la..dah la besaq..euww..haha..gediks
Esoknya (Ahad) kami ke Sogo..Akak niena nak beli kasut untuk konvo dia ( last-last waktu konvo tak boleh pakai jugak kasut tu sebab dah ditetapkan pakai kasut warna hitam tapi dia pergi beli warna biru putih..aduyaiii..pinjam kasut kawan la jugak alamatnya)..Hujung hujung tahun cenggini banyak sale la..Rambang mata..
Pastu petangnya kami naik Cameron Hinglands...Sejujur-jujurnya tak pernah pun terdetik dalam hati niena untuk pergi ke sana..padahal kalau cakap CH tu ramai dah yang pergi, jadi kebiasaan dah..Tau tak sebab apa?? Sebabnya niena pernah terlibat dengan eksiden 2 tahun lalu..kat Gunung Jerai...Nak tahu cerita dia??Meh sini nak cerita..
2 tahun lepas, niena form 2..waktu tu cuti sekolah akhir tahun..niena tidur rumah mak saudara di alor star nak dekat seminggu jugak la..best la..nak main ngan sepupu kann...(x sedar diri dah form2)..Bapa saudara niena bawak la kami semua pi ke Gunung Jerai nak mandi-manda la..Budak-budak kan suka mandi-manda..jalan kat gunung jerai bahaya sebab dia mencacak naik tinggi..Siap kena bagi hon lagi untuk kasitau pemandu lain waktu kita nak naik bukit..sebab selekoh dia bahaya + mencacak tinggi...Waktu kami pi, hujan renyai-renyai..Tiba-tiba kat selekoh, ada kereta hilux nak turun bawah(kami nak naik atas) turun agak laju..mungkin sebab jalan licin sama..waktu tu kami sikit lagi nak sampai atas Gunung Jerai..Kereta tu terlanggar kereta bapa saudara niena...Alhamdulillah niena bersyukur sangat-sangat sebab bapa saudara niena sempat brek...Kalau tidak pasti kami terjatuh ke bawah..dah la tinggi..Allah bagi lagi peluang untuk kami hidup..Alhamdulillah....Kereta bapa saudara niena pecah n kemek sebelah seat pemandu n depan..sepupu niena ada yang nangis..tapi Alhamdulillah tak da seorang pun yang cedera.. 




Bila dikenang semula kejadian tu, niena tak nak dah lalu jalan yang macam tu..jalan kat Wang Kelian pun niena  takut nak lalu..jalan dia lebih kurang macam nak lalu Gunung Jerai cuma jarak dia pendek ja dari GJ...trauma rasanya nak lalu jalan macam tu..niena pikir jalan nak naik Cameron Highlands macam naik naik Gunung Jerai sebab tu niena takut nak pergi CH..Tapi ternyata niena salah la..jalan dia okey lagi daripada jalan GJ..Bila dah p CH, seronok la jugak..sejuk ja..makan strawberi...nyum..nyum..nyum..
Balik dari CH, kami ke Perak,,kak niena konvo plak...Ohh..kami sempat bermalam di CH selama satu malam..Lepas konvo akak, kami ke Penang..tidur di rumah mak long niena dua malam..n then ke Kedah..dan semalam Alhamdulillah selamat pulang ke Perlis...

Habis da citer niena yang tak menarik ni..okey...Wassalam..gud nite 

No comments:

Post a Comment